Azan Dan Cara Solat Syiah

Sunni dan Syiah – Azan dan sholat merupakan dua ibadah yang agung. Solat merupakan rukun Islam yang kedua. Solat merupakan pembeza antara keimanan dan kekafiran. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sesungguhnya Batasan antara seseorang dengan kekafiran dan kesyirikan adalah shalat. 

Barangsiapa meninggalkan solat, maka ianya kafir.“(HR Muslim no. 978). Beliau juga Menjelaskan menyukat baiknya amalan seseorang itu dengan solat,Amalan seorang hamba yang pertama kali dihisab pada hari Kiamat adalah solat. Jika solatnya baik maka baiklah seluruh amalannya dan jika buruk maka buruklah seluruh amalannya.” (HR. Thabraani)
Oleh kerana itu, menunaikan solat secara baik dan berkualiti harus menjadi perhatian bagi kaum muslimin.Di sini maksudnya adalah sejauh mana solat tersebut menyontohi tata cara solat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam; baik kekhusyuannya, gerak-geriknya, bacaannya, waktunya, dan sebagainya.
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.” (HR. Al-Bukhari no.628, 7246 dan Muslim no.1533)

Demikian juga dengan Azan, Azan juga merupakan syiar Islam yang agung, tidak sedikit orang-orang kafir yang tertarik dan bergetar hatinya ketika mendengar seruan Azan kemudian memeluk Islam. Rangkaian kalimat Azan bukanlah sesuatu yang tidak memiliki makna, ia merupakan cerminan akidah seseorang, yang ia yakini dan dipegang teguh.

Setelah mengetahui kedudukan Azan dan solat dalam Islam, pada kesempatan kali ini kami akan menunjukkan  cara solat orang-orang Syiah. Dengan mengetahui kalimat Azan dan tata cara solat mereka, kita akan melihat gambaran akidah mereka.

Azan Syiah

Setelah mengucapkan Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah, azan tersebut diikuti dengan Asyhadu anna ‘Aliyan Waliyullah Aku bersaksi bahawasanya Ali adalah wali Allah

Kemudian dilanjutkan Asyhadu anna Aliyan Amirol Mukminina wa Awladahu Al Ma’shumina Hujajullah

Aku bersaksi bahwa Ali pemimpin orang-orang beriman dan anak-anaknya yang makshum (para imam Syiah pen.) adalah hujah-hujah Allah.

Inilah gambaran tentang keyakinan Syiah yang sangat jauh berbeza dengan Ahlussunnah. Ahlussunnah mengagungkan Ali bin Abi Thalib, beliau memiliki banyak keutamaan yakni sebagai; sahabat nabi, ahlul baitnya, orang yang pertama masuk Islam, dll. Namun Ahlussunnah tidak mengatakan beliau dan keturunannya makshum, terjaga dari kesalahan dan dosa. Orang-orang Syiah menjadikan persaksian ini sebagai ushul (pokok) agama.

Kemudian pula ada tambahan Hayya ‘ala Khoiril ‘amal, yang ertinya marilah berbuat sebaik-baik amal perbuatan.  ‘amal di sini bukanlah sebagai penguat untuk mengajak orang-orang solat, di antara orang-orang Syiah menjelaskan bahawa sebaik-baik amalan adalah mentaati Fathimah dan keturunannya yang suci.

Tata Cara Solat Syiah
Berikut ini tata cara solat Syiah:

Solat berjemaah:

Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.” (HR. Al-Bukhari no. 628, 7246 dan Muslim no. 1533)

Nabi juga mengajarkan agar membaca Al Fatihah dalam setiap rakaat,
لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ
“Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca al-fatihah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dan menjadikan imam untuk diikuti
إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ، فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَلاَ تُكَبِّرُوا حَتَّى يُكَبِّرَ، وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَلَا تَرْكَعُوا حَتَّى يَرْكَعَ
“Hanyalah imam itu dijadikan untuk diikuti. Maka bila ia bertakbir, bertakbirlah kalian dan jangan kalian bertakbir hingga ia bertakbir. Bila ia ruku’ maka ruku’lah kalian dan jangan kalian ruku’ sampai ia ruku’ …” (HR. Abu Dawud no. 603, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud)

Mudah-mudahan pemaparan yang singkat ini dapat memberikan kita pengetahuan bahawasanya perselisihan antara Ahlussunnah dan Syiah bukanlah permasalahan furu’iyah atau permasalahan fiqh, akan tetapi permasalahan tersebut adalah permasalahan akidah. Kita semua menginginkan persatuan tetapi bersatu bukanlah saling menoleransi kesalahan dan kemaksiatan, bersatu itu saling menasihati dan memperbaiki dari kesalahan.

Hasil Carian Search Engine:

  • azan syiah
  • solat syiah
  • maksud azan syiah
  • cara sembahyang syiah
  • Cara solat orang syiah
  • amalan SOLAT PUAK SIAH
  • yuotube cara solat orang syiah
  • azan syiah sesat
  • cara ibadah siah
  • sembahyang syiah

Comments

  1. Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>