Ulama’-Ulama’ Besar Syi’ah Keluar Dari Aliran Sesat

Peristiwa di mana Ulama’-Ulama’ besar Syi’ah keluar dari aliran sesat ini memang sudah tidak asing lagi
malah ada di antara mereka yang disembelih dan dicincang mayat mereka setelah mereka secara terbuka
bertaubat dari fahaman sesat lagi merbahaya ini.Antara tokoh-tokoh Syi’ah yang bertaubat adalah
Ayatullah Uzhma Imam Sayid Abul Hassan al-Asfahani,Sayid Ahmad al-Kasrawi, al-Allamah Sayid Musa al-Musawi,
Sayid Ahmad al-Katib, Abu al-Fadhl al-Burqui dan lain-lain lagi.

Buku yang sedang diulas ini adalah berkenaan dengan Sayid Hussain al-Musawi seorang mujtahid dari alirang Syiah yang kemudiannya mengumumkan secara terbuka bahawa beliau bertaubat dari aliran sesat ar-Rafidhah ini dan beliau mendetailkan bukti-bukti kesesatan Syi’ah yang diambil dari kitab-kitab muktabar mereka sendiri.Sayid Hussain al-Musawi dilahirkan di Karbala dan mendapat pendidikan di kota ilmu (hauzah) di Najaf.Beliau telah lulus dengan cemerlang di situ dan dianugerahkan derajat Ijtihad oleh tokoh besar Ulama’ Syi’ah iaitu Sayid Muhammad Hussain Ali Kasyif al-Ghita.

Selama masa beliau mendalami kitab-kitab Syi’ah ketika pengajian beliau selalu menjadi bingung dengan percanggahan yang begitu banyak terdapat dalam kitab-kitab muktabar ajaran Syi’ah. Tapi beliau cuba menyedapkan hati beliau dengan menyatakan kepada diri beliau sendiri sebagai seorang yang buruk pemahaman dan sedikit ilmu. Pernah beliau melontarkan keraguan beliau kepada salah seorang tokoh di Hauzah dan tokoh itu hanya menjawab “jauhkanlah keraguan itu dari dirimu, kamu adalah pengikut Ahlul Bait AS, sedangkan ahlul bait menerimanya (agama syiah) dari Muhammad SAW, dan Muhammad SAW menerimanya dari Allah SWT.” Beliau merasa tenang sebentar namun perasaan berkecamuk
antara kebenaran dan kebathilan syiah sentiasa bermain di jiwa beliau. Semakin mendalam pengajian beliau semakin banyak permasalahan timbul dan semakin bergelora perang batin dalam jiwa beliau. Setelah tamat pengajian di Hauzah perang batin dalam jiwa beliau berterusan.

Setelah lama merenung keadaan ini maka beliau mengambil keputusan untuk melakukan kajian yang komprehensif dan mengkaji ulang seluruh materi pelajaran yang pernah beliau dapatkan. Beliau membaca sebanyak mungkin referensi pegangan serta kitab-kitab Syi’ah. Segala kebingungan atau percanggahan beliau tuliskan dalam lembaran-lembaran kertas dan beliau simpan semoga pada suatu hari Allah menetapkan satu keputusan. Peristiwa al-Allamah Sayid Musa al-Musawi dan Sayid Ahmad al-Katib dua tokoh besar Syi’ah yang bertaubat dan kembali kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah
seolah-olah menjadi petunjuk bagi beliau bahawa masanya juga sudah tiba untuk beliau mengistihar keluar dari fahaman yang sesat ini. Beliau berpendapat kini giliran beliau sudah tiba untuk menyatakan kebenaran untuk menyelamatkan rakan-rakan beliau yang telah tertipu. Bagi beliau sebagai seorang ulama adalah tanggungjawab beliau untuk menjelaskan kebenaran walaupun ianya sungguh pahit untuk ditelan.

Maka Sayid Hussain al-Musawi pun mengarang sebuah buku yang membongkar kesesatan-kesesatan Syi’ah. Yang menariknya tentang buku ini adalah beliau menggunakan sumber Syi’ah sendiri untuk membongkarkan konspirasi musuh-musih Islaam untuk melemahkan Islaam dari dalam seperti musuh dalam selimut. Antara topik menarik yang beliau kupaskan adalah seperti berikut :

a) Abdullah Ibnu Saba’ satu individu fiktif/rekaan yang dicipta oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah dalam rangka untuk memburukkan Syi’ah. benarkah begitu? Apa kata sumber Syi’ah sendiri mengenai Abdullah Ibnu Saba.

b) Kata-kata kecaman dari kalangan Ahlul Bait sendiri terhadap Syi’ah. Beliau telah menurunkan kata-kata kecaman dari Saidina Ali RA, Saidatina Fathimah RA,Al-Hassan RA, al-Hussain RA dan Imam-Imam dari kalangan Ahlul Bait terhadap Syi’ah. Benarkah Syi’ah ini pembela Ahlul Bayt atau mereka sebenarnya pemusnah/penghina Ahlul Bait? Kita lihat sendiri Riwayat-riwayat syi’ah yang menghina Rasulullah SAW dan Ahlul Baitnya. Apakah kaitan Syi’ah di Kufah
dengan tragedi pembunuhan Saidina Hussain RA? Kesemuanya riwayat-riwayat tentang hal ini di ambil dari sumber syi’ah sendiri!

c) Sayid Hussain al-Musawi juga membongkarkan bagaimana Syi’ah menghalalkan perzinaan dengan menggunakan Nikah Mut’ah, bagaimana perempuan diperlakukan sebagai objek memuaskan hawa nafsu atas nama Mut’ah. Sungguh menjijikan sekali. Yang paling menggemparkan kisah Nikah Mut’ah Ayatollah Khomeini al-Musawi dengan kanak-kanak bawah umur dan apakah pandangan Ulama’ syi’ah akan hal ini? Bagaimana pula melakukan adengan Homoseks dengan kanak-kanak lelaki yang masih belum tumbuh janggutnya dan kumisnya. Beliau juga membawa Riwayat dari Amirul Mukminin Saidina Ali RA yang
menyatakan bahawa Mut’ah telah diharamkan pada hari Khaibar. Semua pendedahan ini diambil dari sumber Syi’ah sendiri!

d) Bagaimana Harta Khumus (1/5 bahagian untuk Ahlul Bayt) telah dipergunakan untuk kemewahan Ulama’-Ulama Syi’ah.

e) Apakah pandangan mereka tentang al-Quraan? Adakah al-Quraan yang ada pada kita hari ini lengkap? Wujudkah al-Quraan yg lain selain dari apa yang kita baca hari ini?

f) Apakah pandangan Syi’ah terhadap Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Siapakah yang berkata kalimah ini, “Mereka (ASWJ) adalah orang-orang kafir yang najis berdasarkan Ijma’ ulama’ Syi’ah Imamiyah. Mereka lebih jahat dari Yahudi dan Nasrani.”?

g) Pengaruh Yahudi, Majusi dan lain-lain dalam Syi’ah

h) al-Qaim (Imam Mahdi) menurut Riwayat Syi’ah yang menyerupai watak Dajjal dan banyak lagi perkara-perkara yang menggemparkan. Kesemuanya diambil dari sumber rujukan Syi’ah sendiri.

Insya-Allah buku ini amat berguna sekali untuk mereka yang telah terpengaruh dengan Mazhab Ahlul Bait / Syi’ah di Malaysia ini dan juga untuk kita yang mungkin akan didatangi oleh da’i-da’i Syi’ah. Syaikh Mamduh Farhan al-Buhairi seoarang pakar tentang Aliran syi’ah juga berkata sebagai kata Pengantar untuk buku ini, “Ini (buku Lillahi Tsumma Li at-Tharikh) saya kirimkan kepada orang-orang yang masih berbaik sangka kepada Syi’ah dan yang menuntut agar menggauli mereka dengan baik dan lemah lembut, akibat kebodohan mereka terhadap al-Quraan dan sunnah Nabi SAW. Semoga mereka diberi petunjuk oleh Allah dan mempelajari Islam lebih dalam.”

Selamat Membaca.~ABU IQBAL~

Hasil Carian Search Engine:

  • ulama syiah yang bertaubat
  • ijma ulama syiah sesat
  • orang syiah yang bertaubat
  • ulama syiah sesat
  • ulama syiah bertaubat
  • syiah bertaubat
  • pengakuan keluar dari syiah
  • mayat ulama syiah
  • kitab ulama syiah yg menghina ahlussunnah
  • Kisah Ulama syiah yang bertaubat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>